Thursday 3 November 2016

LARANGAN PEMBUANGAN SAMPAH BESAR DI BILIK SAMPAH SETIAP ARAS

DIPOHON KERJASAMA PENDUDUK UNTUK TIDAK MEMBUANG SAMPAH BESAR SEPERTI PERABOT DI BILIK SAMPAH SETIAP ARAS.


SILA LETAKKAN PERABOT YANG ROSAK DI RUMAH SAMPAH DI BELAKANG BANGUNAN UNTUK MENJAMIN KEBERSIHAN DAN KESELESAAN JIRAN TETANGGA

Semua Pemilik
Pangsapuri Mahasa Villa
Jalan Mahasa, Taman Pelangi
51000 Kuala Lumpur


INSURANS KEBAKARAN DAN PUBLIC LIABILITY PANGSAPURI MAHASA VILLA

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2.     Dimaklumkan bahawa, pihak pengurusan JMB Mahasa Villa akan mengambil Insurans Bangunan sebagai perlindungan terhadap bangunan Mahasa Villa sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

3.    Berikut adalah kadar insurans dan jumlah perlindungan yang ditawarkan oleh pihak Syarikat Insurans:

Bil.
Perkara
Kadar Insurans
(RM)
Jumlah Perlindungan (RM)
1
Fire and Named Perils Takaful
12,170.85
25 juta
2
Public Liability Takaful
275.00
500,000.00
3
Machinery Breakdown
1,865.00
500,000.00
Jumlah
14,310.85
26 juta

4.      Sehubungan dengan itu, setiap pemilik akan dikenakan caj insurans sebanyak      RM 106.00 setahun. Caj tersebut akan dimasukkan ke dalam invois bulan Oktober 2016.

5.     Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pihak pengurusan. Segala kerjasama dan perhatian tuan berhubung perkara ini didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.


Pengerusi
JMB Mahasa Villa

Tuesday 2 August 2016

Kerja-kerja Penyelenggaraan dan Pembaikan Logi Kumbahan


Masalah tangki septik berbau berpunca dari kegagalan Raw Sewage Pump berfungsi dengan baik. Kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan dan dijangka selesai sepenuhnya dalam masa terdekat. Satu taklimat kepada penduduk akan diadakan bagi meningkatkan kesedaran dan kepentingan bersama dalam menjaga dan menguruskan sisa buangan demi keselesaan dan kesejahteraan penduduk. 






Saturday 23 July 2016

Kerja-kerja Penyelenggaraan Mahasa Villa

Kerosakan fius pada kotak suis genset (telah dibaikpulih). 



Kesan kebocoran pada genset 


 Kerja-kerja mengganti mentol lampu baru di bahagian ruang masuk utama Mahasa Villa







Monday 6 June 2016



Kerja-kerja Penyelenggaraan dan Pembaikan Saluran Paip Air. Siap sepenuhnya pada 29.5 2016












   






















                    

Thursday 26 May 2016

Friday 20 May 2016

WAJAH-WAJAH PENDUDUK MAHASA VILLA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SURAU AT TAQWA































 


MAJLIS PERASMIAN SURAU AT TAQWA MAHASA VILLA PADA 19 MEI 2016

Surau At Taqwa telah menerima wajah baru dengan penambahbaikan dan pengubahsuaian untuk keselesaan penduduk Mahasa Villa. Y.Bhg SS Datuk Dr Zulkifli Mohamad al Bakri (Mufti WP) telah sudi hadir untuk merasmikan surau At Taqwa dan turut menyampaikan ceramah perdana sempena Isra' dan Mikraj. Majlis juga turut menyampaikan cenderamata kepada penyumbang dana projek naik taraf Surau Mahasa Villa. Kehadiran dan sokongan penduduk telah memeriahkan lagi majlis sambutan kali ini.