Friday 25 December 2015

SUASANA MINI KARNIVAL CINTA RASUL



Sempena Mini Karnival Cinta Rasul pada 19 Disember 2015 lepas, berbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk pengungjung seperti gerai jualan, sukaneka dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak. Di samping itu, pengunjung diberi peluang untuk membuat pemeriksaan kesihatan percuma, menderma darah dan rawatan islam darul syifa'. Di sebelah petang pula, pengunjung dihiasi dengan program bicara muslimah manakala di sebelah malam ialah program sembang santai sambil menikmati alunan lagu yang telah disampaikan oleh Afee Utopia. Semoga semua pengunjung berhibur disamping perkongsian ilmu yang bermanfaat.





     
   






Saturday 12 December 2015

Gotong-royong Perdana Mahasa Villa


Gotong-rotong kali ini melibatkan kerja-kerja mengecat dan membersih ruang dewan, potong rumput, cantasan pokok, kemas baik lot-lot tempat letak kereta pelawat dan motosikal. Kepada semua penghuni MV, adalah dipohon meletakkan motorsikal mengikut kaedah yang telah ditetapkan bagi keselesaan semua pihak. Pihak JMB Mahasa Villa juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir serta menjayakan program gotong -royong sempena Mini Karnival Cinta Rasul. Keselesaan tuan puan kepuasan kami.











Tuesday 8 December 2015

Monday 7 December 2015

Gotong Royong Perdana Sempena Mini Karnival 2015


Mini Karnival Cinta Rasul 2015


Kepada semua penghuni Maha Villa,

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai dan meramaikan Mini Karnival Cinta Rasul 2015 anjuran Surau At-Taqwa, Mahasa Villa. Anda akan disajikan dengan berbagai acara menarik sempena karnival kali ini.  


Kerja-kerja Pemeriksaan dan Penyelenggaraan Mesin Pum Air

Kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan mesin pum air sedang dijalankan bagi memastikan pembekalan air ke semua unit sentiasa mencukupi. 



Salah satu water pump electrode holder didapati telah rosak dan akan dibaiki segera.


Kerja-kerja pemeriksaan kotak suis sedang dijalankan oleh Abg Fauzi dan dibantu saudara Yie. Terima kasih diucapkan dan anda memang thorrrbaikkkk.

Sunday 6 December 2015

MAKLUMAT
NO. TELEFON MUSTAHAK
BALAI POLIS SETAPAK       
03-40232222
BALAI POLIS SENTUL                 
03-40414422
BALAI BOMBA TAMAN MELEWAR
03-61859639
PEJABAT JAWI
03-22749333
LIFT DOVER  
03-20728000
012-2077020
LORI SAMPAH
016-9834735
ALAM FLORA
019-2173058
JMB MAHASAVILLA           
      (En. Kamarulzaman)   
      (Hj. Sulaiman - Pejabat)

013-3549343
014-2236756

Thursday 3 December 2015



UNTUK MAKLUMAN KEPADA SEMUA PENYEWA PREMIS LOT KEDAI MAHASAVILLA 



Permohonan Sewa Petak Letak Kereta Bermusim Pangsapuri Mahasa Villa


SYARAT- SYARAT PERMOHONAN

  1. Permohonan hendaklah menggunakan borang yang disediakan oleh pihak JMB Mahasa Villa.
  2. Keputusan akan diberitahu oleh pihak JMB Mahasa Villa setelah permohonan diproses.
  3. Keputusan JMB Mahasa Villa  adalah muktamad.
  4. Penduduk hanya boleh menyewa petak parkir tidak melebihi dua(2) petak sahaja.
  5. Lokasi petak parkir untuk disewa adalah diaras 3 dan aras 4 sahaja seperti dinyatakan pada pelan parkir.
  6. Penyewa hendaklah maklumkan kepada JMB Mahasa Villa seandainya berlaku pertukaran nombor pendaftaran kenderaan.
  7. Penyewa tidak boleh menyewakan petak parkir yang disewa kepada pihak ketiga.
  8. Penyewa yang ingin menyewa lebih daripada satu petak haruslah mengambil yang bertindih.

KADAR BAYARAN

  1. Bayaran adalah mengikut skim yang telah dipersetujui oleh pemohon dan hendaklah dijelaskan sebelum petak-petak boleh digunakan.
  2. Bayaran yang dikenakan adalah sepertimana berikut:
  3. Petak berbumbung – RM40.00 untuk satu petak /bulan
  4. Petak tidak berbumbung – RM30.00 untuk satu petak /bulan
  5. Petak berbumbung/bertindih – RM80.00 untuk dua petak /bulan

TANGGUNGJAWAB PENYEWA

  1. Penyewa adalah bertanggungjawab memastikan petak yang disewa tidak disalahgunakan untuk tujuan lain selain daripada tempat meletak kereta.
  2. Penyewa dilarang mengubah-suai petak parkir.


MENARIK BALIK KEMUDAHAN

JMB Mahasa Villa berhak menarik balik kemudahan sewa petak letak kereta bermusim atas sebab-sebab :

  • Penyewa tidak membayar sewa petak pada tarikh yang ditetapkan iaitu pada minggu pertama setiap bulan selama tiga bulan berturut-turut.
  • Penyewa melanggar mana-mana syarat yang ditetapkan oleh JMB Mahasa Villa.
  • JMB Mahasa Villa mendapati bahawa kemudahan seumpama ini perlu diberhentikan atas sebab-sebab keselamatan, kesibukan dan lain-lain perkara yang difikirkan perlu dan munasabah. Dalam hal ini penyewa akan diberitahu sekurang-kurangnya satu bulan sebelum tindakan pembatalan ke atas penyewaan tersebut dibuat.

MENAMATKAN PENYEWAAN

Penyewa dikehendaki memberitahu JMB Mahasa Villa secara bertulis satu bulan sebelum tarikh menamatkan sewaan sekiranya ingin memberhentikan penyewaan petak letak kereta bermusim.

PINDAAN SYARAT

JMB Mahasa Villa dari masa kesemasa berhak meminda, menambah atau memansuhkan mana-mana syarat kemudahan sewa petak letak kereta bermusim serta kadar sewaan apabila difikirkan perlu.

TAMBAHAN

  1. JMB Mahasa Villa tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana kereta yang diletakkan dipetak sewa atau lain-lain kegunaan petak tanpa izin penyewa,
  2. JMB Mahasa Villa tidak bertanggungjawab keatas apa-apa kehilangan atau kerosakan kepada mana-mana kereta atau kepada kelengkapan atau kandungan mana-mana kereta yang terletak dimana-mana tempat letak kereta.



Petak Letak Kereta Tingkat 3


Petak Letak Kereta Tingkat 4

Dapatkan Borang Permohonan di sini

Saturday 21 November 2015

Carta Organisasi

Persekitaran Mahasa Villa

Kawasan lot-lot tempat letak kereta pelawat di hadapan bangunan MV. Permandangan dari atas dan kehadiran lori dan jentera menunjukkan kerja-kerja pembangunan kawasan baru  iaitu rumah teres dan banglo 3 tingkat bersebelahan bangunan MV



Persekitaran hadapan bangunan MV. Keadaan kurang terurus dan semak samun yang boleh mendatangkan risiko kehadiran binatang liar berbahaya telah mendapat perhatian oleh badan pengurusan baru MV.
                                                                                                                     Pictures by: R. Rizal

Friday 13 November 2015

Akta


Pejabat Pengurusan


Pejabat Pengurusan Mahasa Villa
Aras bawah Mahasa Villa Apartment
Jalan Mahasa, 51100
Kuala lumpur

Tel : 013-3549343

Faks:
E-mail : jmbmahasavilla@gmail.com

Waktu Operasi

ISNIN hingga JUMAAT
(9.00 pagi - 5.00 petang)

REHAT
1.00 - 2.00 petang / 12.30 - 2.30 petang (JUMAAT)

SABTU
(9.00 pagi - 1.00 petang)



Pembayaran


Bank :Muamalat 

Nama Akaun : JMB MAHASA VILLA
No. Akaun Bank :14050004485715
   

Ahli Jawatankuasa Badan Pengurusan MV

Pengerusi            : En. Kamaruzaman bin Jusoh
Naib Pengerusi   : En. Muhamad Azizi bin Muhamad Nor
Setiausaha          : En. Nazrol Afendi bin Ab. Rahman
Bendahari           : En. Sulaiman bin Ahmad
AJK                     : En. Rizal bin Rahim
                            : En. Mohd Shamsul bin Mohd Saat
                            : En. Abdul Rani bin Mohamed Daud
                            : En. Hanifah bin Ahmad
                            : En. Salamin bin Yusoff
                            : En. Suhaimi bin Abdullah
                            : En. Mohd Zambri bin Mustapa
                            : En. Mohd Sanusi bin Mohd Kasim

Carta Organisani Ahli Jawatankuasa Pengurusan Mahasa Villa

About Mahasa Villa


Terletak di Jalan Mahasa bersebelahan lebuhraya DUKE di Pinggiran Pelangi, Sentul. Dikelilingi oleh panorama bandar KL terutama Menara Berkembar Petronas dan di sisi lainnya pemandangan bukit yang menghijau serta dihiasi kelipan cahaya puncak Genting Highland di waktu malam. Lokasi Mahasa Villa yang strategik ini memberi kemudahan dan peluang kepada penghuni merasai keselesaan untuk akses ke mana-mana lokasi di Lembah Klang melalui DUKE Exspressway seperti 20 minit ke KLCC , 10 minit ke UIAM, Stesen Putra  dan susur keluar ke Lebuhraya pantai Timur atau Utara-selatan,

Bangunan Mahasa Villa setinggi 13 tingkat terdiri dari 115 blok penduduk dilengkapai dengan kemudahan tempat letak kereta bertudung dari tingkat 1 hingga 4, surau, dewan serbaguna, taman permainan kanak-kanak, pusat jagaan kanak-kanak dan lot-lot kedai.

Untuk membeli-belah dan kemudahan tempat makan yang berhampiran termasuk Komplek Giant Batu Caves, Danau kota, dan KL Festival. Mahasa Villa adalah tempat yang terbaik memenuhi gaya hidup urban di samping mampu memberi ketenangan disebalik kesibukan Pusat Bandar Kuala Lumpur.

Peta Lokasi Mahasa Villa