Thursday 3 December 2015

Permohonan Sewa Petak Letak Kereta Bermusim Pangsapuri Mahasa Villa


SYARAT- SYARAT PERMOHONAN

  1. Permohonan hendaklah menggunakan borang yang disediakan oleh pihak JMB Mahasa Villa.
  2. Keputusan akan diberitahu oleh pihak JMB Mahasa Villa setelah permohonan diproses.
  3. Keputusan JMB Mahasa Villa  adalah muktamad.
  4. Penduduk hanya boleh menyewa petak parkir tidak melebihi dua(2) petak sahaja.
  5. Lokasi petak parkir untuk disewa adalah diaras 3 dan aras 4 sahaja seperti dinyatakan pada pelan parkir.
  6. Penyewa hendaklah maklumkan kepada JMB Mahasa Villa seandainya berlaku pertukaran nombor pendaftaran kenderaan.
  7. Penyewa tidak boleh menyewakan petak parkir yang disewa kepada pihak ketiga.
  8. Penyewa yang ingin menyewa lebih daripada satu petak haruslah mengambil yang bertindih.

KADAR BAYARAN

  1. Bayaran adalah mengikut skim yang telah dipersetujui oleh pemohon dan hendaklah dijelaskan sebelum petak-petak boleh digunakan.
  2. Bayaran yang dikenakan adalah sepertimana berikut:
  3. Petak berbumbung – RM40.00 untuk satu petak /bulan
  4. Petak tidak berbumbung – RM30.00 untuk satu petak /bulan
  5. Petak berbumbung/bertindih – RM80.00 untuk dua petak /bulan

TANGGUNGJAWAB PENYEWA

  1. Penyewa adalah bertanggungjawab memastikan petak yang disewa tidak disalahgunakan untuk tujuan lain selain daripada tempat meletak kereta.
  2. Penyewa dilarang mengubah-suai petak parkir.


MENARIK BALIK KEMUDAHAN

JMB Mahasa Villa berhak menarik balik kemudahan sewa petak letak kereta bermusim atas sebab-sebab :

  • Penyewa tidak membayar sewa petak pada tarikh yang ditetapkan iaitu pada minggu pertama setiap bulan selama tiga bulan berturut-turut.
  • Penyewa melanggar mana-mana syarat yang ditetapkan oleh JMB Mahasa Villa.
  • JMB Mahasa Villa mendapati bahawa kemudahan seumpama ini perlu diberhentikan atas sebab-sebab keselamatan, kesibukan dan lain-lain perkara yang difikirkan perlu dan munasabah. Dalam hal ini penyewa akan diberitahu sekurang-kurangnya satu bulan sebelum tindakan pembatalan ke atas penyewaan tersebut dibuat.

MENAMATKAN PENYEWAAN

Penyewa dikehendaki memberitahu JMB Mahasa Villa secara bertulis satu bulan sebelum tarikh menamatkan sewaan sekiranya ingin memberhentikan penyewaan petak letak kereta bermusim.

PINDAAN SYARAT

JMB Mahasa Villa dari masa kesemasa berhak meminda, menambah atau memansuhkan mana-mana syarat kemudahan sewa petak letak kereta bermusim serta kadar sewaan apabila difikirkan perlu.

TAMBAHAN

  1. JMB Mahasa Villa tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana kereta yang diletakkan dipetak sewa atau lain-lain kegunaan petak tanpa izin penyewa,
  2. JMB Mahasa Villa tidak bertanggungjawab keatas apa-apa kehilangan atau kerosakan kepada mana-mana kereta atau kepada kelengkapan atau kandungan mana-mana kereta yang terletak dimana-mana tempat letak kereta.



Petak Letak Kereta Tingkat 3


Petak Letak Kereta Tingkat 4

Dapatkan Borang Permohonan di sini

No comments:

Post a Comment