Friday 25 December 2015

SUASANA MINI KARNIVAL CINTA RASUL



Sempena Mini Karnival Cinta Rasul pada 19 Disember 2015 lepas, berbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk pengungjung seperti gerai jualan, sukaneka dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak. Di samping itu, pengunjung diberi peluang untuk membuat pemeriksaan kesihatan percuma, menderma darah dan rawatan islam darul syifa'. Di sebelah petang pula, pengunjung dihiasi dengan program bicara muslimah manakala di sebelah malam ialah program sembang santai sambil menikmati alunan lagu yang telah disampaikan oleh Afee Utopia. Semoga semua pengunjung berhibur disamping perkongsian ilmu yang bermanfaat.





     
   






Saturday 12 December 2015

Gotong-royong Perdana Mahasa Villa


Gotong-rotong kali ini melibatkan kerja-kerja mengecat dan membersih ruang dewan, potong rumput, cantasan pokok, kemas baik lot-lot tempat letak kereta pelawat dan motosikal. Kepada semua penghuni MV, adalah dipohon meletakkan motorsikal mengikut kaedah yang telah ditetapkan bagi keselesaan semua pihak. Pihak JMB Mahasa Villa juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir serta menjayakan program gotong -royong sempena Mini Karnival Cinta Rasul. Keselesaan tuan puan kepuasan kami.











Tuesday 8 December 2015

Monday 7 December 2015

Gotong Royong Perdana Sempena Mini Karnival 2015


Mini Karnival Cinta Rasul 2015


Kepada semua penghuni Maha Villa,

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai dan meramaikan Mini Karnival Cinta Rasul 2015 anjuran Surau At-Taqwa, Mahasa Villa. Anda akan disajikan dengan berbagai acara menarik sempena karnival kali ini.  


Kerja-kerja Pemeriksaan dan Penyelenggaraan Mesin Pum Air

Kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan mesin pum air sedang dijalankan bagi memastikan pembekalan air ke semua unit sentiasa mencukupi. 



Salah satu water pump electrode holder didapati telah rosak dan akan dibaiki segera.


Kerja-kerja pemeriksaan kotak suis sedang dijalankan oleh Abg Fauzi dan dibantu saudara Yie. Terima kasih diucapkan dan anda memang thorrrbaikkkk.

Sunday 6 December 2015

MAKLUMAT
NO. TELEFON MUSTAHAK
BALAI POLIS SETAPAK       
03-40232222
BALAI POLIS SENTUL                 
03-40414422
BALAI BOMBA TAMAN MELEWAR
03-61859639
PEJABAT JAWI
03-22749333
LIFT DOVER  
03-20728000
012-2077020
LORI SAMPAH
016-9834735
ALAM FLORA
019-2173058
JMB MAHASAVILLA           
      (En. Kamarulzaman)   
      (Hj. Sulaiman - Pejabat)

013-3549343
014-2236756

Thursday 3 December 2015



UNTUK MAKLUMAN KEPADA SEMUA PENYEWA PREMIS LOT KEDAI MAHASAVILLA 



Permohonan Sewa Petak Letak Kereta Bermusim Pangsapuri Mahasa Villa


SYARAT- SYARAT PERMOHONAN

  1. Permohonan hendaklah menggunakan borang yang disediakan oleh pihak JMB Mahasa Villa.
  2. Keputusan akan diberitahu oleh pihak JMB Mahasa Villa setelah permohonan diproses.
  3. Keputusan JMB Mahasa Villa  adalah muktamad.
  4. Penduduk hanya boleh menyewa petak parkir tidak melebihi dua(2) petak sahaja.
  5. Lokasi petak parkir untuk disewa adalah diaras 3 dan aras 4 sahaja seperti dinyatakan pada pelan parkir.
  6. Penyewa hendaklah maklumkan kepada JMB Mahasa Villa seandainya berlaku pertukaran nombor pendaftaran kenderaan.
  7. Penyewa tidak boleh menyewakan petak parkir yang disewa kepada pihak ketiga.
  8. Penyewa yang ingin menyewa lebih daripada satu petak haruslah mengambil yang bertindih.

KADAR BAYARAN

  1. Bayaran adalah mengikut skim yang telah dipersetujui oleh pemohon dan hendaklah dijelaskan sebelum petak-petak boleh digunakan.
  2. Bayaran yang dikenakan adalah sepertimana berikut:
  3. Petak berbumbung – RM40.00 untuk satu petak /bulan
  4. Petak tidak berbumbung – RM30.00 untuk satu petak /bulan
  5. Petak berbumbung/bertindih – RM80.00 untuk dua petak /bulan

TANGGUNGJAWAB PENYEWA

  1. Penyewa adalah bertanggungjawab memastikan petak yang disewa tidak disalahgunakan untuk tujuan lain selain daripada tempat meletak kereta.
  2. Penyewa dilarang mengubah-suai petak parkir.


MENARIK BALIK KEMUDAHAN

JMB Mahasa Villa berhak menarik balik kemudahan sewa petak letak kereta bermusim atas sebab-sebab :

  • Penyewa tidak membayar sewa petak pada tarikh yang ditetapkan iaitu pada minggu pertama setiap bulan selama tiga bulan berturut-turut.
  • Penyewa melanggar mana-mana syarat yang ditetapkan oleh JMB Mahasa Villa.
  • JMB Mahasa Villa mendapati bahawa kemudahan seumpama ini perlu diberhentikan atas sebab-sebab keselamatan, kesibukan dan lain-lain perkara yang difikirkan perlu dan munasabah. Dalam hal ini penyewa akan diberitahu sekurang-kurangnya satu bulan sebelum tindakan pembatalan ke atas penyewaan tersebut dibuat.

MENAMATKAN PENYEWAAN

Penyewa dikehendaki memberitahu JMB Mahasa Villa secara bertulis satu bulan sebelum tarikh menamatkan sewaan sekiranya ingin memberhentikan penyewaan petak letak kereta bermusim.

PINDAAN SYARAT

JMB Mahasa Villa dari masa kesemasa berhak meminda, menambah atau memansuhkan mana-mana syarat kemudahan sewa petak letak kereta bermusim serta kadar sewaan apabila difikirkan perlu.

TAMBAHAN

  1. JMB Mahasa Villa tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana kereta yang diletakkan dipetak sewa atau lain-lain kegunaan petak tanpa izin penyewa,
  2. JMB Mahasa Villa tidak bertanggungjawab keatas apa-apa kehilangan atau kerosakan kepada mana-mana kereta atau kepada kelengkapan atau kandungan mana-mana kereta yang terletak dimana-mana tempat letak kereta.



Petak Letak Kereta Tingkat 3


Petak Letak Kereta Tingkat 4

Dapatkan Borang Permohonan di sini